Pages

Attention!!

To readers who comes to this blog. I'm sorry for any links that are no longer available. I'm going to reconstruct this blog. Stay tuned for updates! Thanks. See ya!

August 29, 2010

Bubur Lambuk Drive-Thru

semalam (28/9) aku jalan-jalan bersama adik perempuan aku di pekan Port Dickson..setibanya di Jalan Pantai Batu 4, aku tersangkut dalam jem.. ingatkan jem sebab bazar batu 4, rupanya ada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk bersama Selebriti...

Jalan memang jem teruk sikitlah! tapi berbaloi...di sana siap de wat rakaman lagi..polis2 semua ada nak jaga jalan..time tu Didie Alias yang jadi pengacara majlis.. antara artis yang aku sempat nampak adalah Azli senario, xpdc, handyblack, ntah..aku xsure artis band mne.. lepas tu artis2 baru yang aku xtaw name..dan geng2 melodi ada jugak..Aku nie bukannyer kenal sangat pun artis-artis nie..sebab tak ambil port sangat sal dorang..huhu..

Dorang memang akan stop kan kereta yang lalu kat situ untuk bagi bubur lambuk dari Permaisuri Hotel Port Dickson.. Bape ribu bekas xsure pula.. Tapi yang aku tahu, dalam mase sejam jer dah abes.. Style juga dorang bagi bubur kat tengah2 jalan...senang..xyah kuar keta..hehe!

yang aku BERSYUKUR... aku adalah kereta last yang dapat bubur lambuk sbb dah abes..kesian gak kereta2 lain yang sangkut jem lama2 tapi xde hasil..hehe..

artis mane yang beri aku bubur lambuk.....tgokla gmbar nie ha...sempat lagi adik aku snap picha kan.. dia pun sempoi leh tggu lagi..SALUTE!! haha!

CUBA TEKA NI SIAPA?? hehe!

August 28, 2010

Memandu Skyline R34 GT-T

Sudah beberapa hari blog SUKESUKI mendiamkan diri kerana penulisnya sedikit sibuk kebelakangan ini..sibuk ape lah tu kn..hehe.. traffic untuk blog SUKESUKI pun mula menurun kerana lama pula tak blogwalking dan balas knjungan rakan2 blog..

Yang, sebenarnya...penulis blog SUKESUKI sibuk dengan Nissan Skyline R34 GT-T...yeahh...itu dia yang nk diberitahu sebenarnya..heheheh!

Pengalaman memandu Nissan Skyline, kereta sport idaman kebanyakan remaja merupakan satu perkara yang baru hadir dalam hidup aku.. Tak pernah langsung terfikir aku akan memegang stereng dan menekan pedal minyak kereta sport yang bernilai ratusan ribu itu!!

Keterujaan memandu kereta itu tidak dapat ku ungkap dengan kata-kata..KERANA, hanya hati dan perasaan ku sahaja yang dapat menyingkap perasaan ini..hehe! Yang menariknya disini.. Aku seolah-olah RAJA yang berada di atas jalan raya...Perhatian kepada aku jelas cukup terasa..Aku merasakan seperti ARTIS yang baru sahaja memenangi anugerah bintang paling popular Malaysia..hahahhaha!

Apabila ditanya mengenai prestasi enjin kereta sport tersebut..jawapanku?? WOW!!! bayangkan...kereta sport itu berdesup laju tanpa perlu memerah tenaga yang banyak... bunyi blow-off valve kereta sport ini juga amat mengasyikkan..yang selebihnya aku dah xtahu nak cakap ape lg..huhu! aku ada sertakan beberapa gambar untuk dikongsi bersama.....

p/s: Gaya Hidup Mewah!! haha! Entry kesinambungan post yang sebelum...Haha..gurau jer..xde kena mngena pun.. Tak kisahla kan bergaya walaupun 2 hari..hehehe!

August 20, 2010

Aku Jejaka yang Tak Gemar akan Kucing..


Apabila sebutnya tentang Kucing, rasanya ramai orang yang menyayangi haiwan comel ini... miaaooowww!! hahaha.. Bunyi suara kucing pun dah comel, apatah lagi empunya badannya! haha!

Akan TETAPI......AKu adalah seorang jejaka yang tidak gemar akan haiwan berbulu comel ini...iaitu Kucing... walaupun aku suka lihat haiwan ini...tetapi hatiku tetap tidak boleh menerima untuk memelihara haiwan berbulu comel ini..hehe!

Aku bukan TAKUT, GELI, BENCI, MENYAMPAH, JIJIK dan sebagainya... cuma aku bukanlah seorang jejaka yang gemar untuk memelihara haiwan ini.. apabila ditanya untuk membela haiwan ini... jawapanKU?? TIDAKKK... hahaha.. andai kata bakal pasanganku apabila berumah tangga nanti mahu membela kucing, aku agak keberatan untuk membenarkannya! kalau nak sekali pun, kena buat bilik khas untuk kucing tu! haha!

dan......SATU INFO yang pernah aku dengar... LELAKI yang MENYAYANGI KUCING merupakan LELAKI yang PENYAYANG...... aku bantah sekeras-kerasnya persoalan info ini.... TIDAK SEMESTINYA aku tidak gemar haiwan ini menyebabkan aku bukan seorang yang penyayang... ahaha!

sekali lagi... Aku tidak sesekali membenci haiwan kesayangan Nabi ini...cuma aku tidak selesa berada dekat dengan haiwan ini... AKAN TETAPI.... sekiranya aku lihat kucing ini kelaparan, aku akan memberinya makanan yang aku makan! ^_^

***Kucing merupakan haiwan kesayangan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.. Baginda selalu mendukung mueeza (nama kucingnya) dan diletakkan di pahanya..

August 19, 2010

Halaqah Sentuhan Qalbu - '5minit aje'


Info Rancangan:

Rancangan yang berkonsepkan spiritual interaktif, menyentuh 13 permasalahan hidup dengan penyelesaian berasaskan nilai-nilai Islam, Iman dan Ihsan.
Selama 1 jam, penonton akan bersama panel-panel terkenal dan akan dikendalikan oleh para trainer ESQ Leadership Center yang berwibawa.

1st time aku tengok rancangan di tv9 yang diberi nama Halaqah Sentuhan Qalbu... Rancangan yang amat-amat bermakna dan berguna bagi aku.. Walaupun pertama kali aku tengok, aku dah rasa seolah-olah 'dibawa' ke dalam situasi cerita tersebut. Yang amat menarik, sebelum akhir cerita... Kita akan 'dipukau' ataupun 'dibawa' ke dalam satu cerita untuk kita hayati.. AMAT MENARIK! 

Dapat kelihatan apabila terdapat penonton-penonton di studio yang mengalirkan AIR MATA dek kerana 'tarbiyyah' / 'brainwash' dalam perspektif yang menarik.. Dengan latar lagu yang mengasyikkan dan penceritaan yang baik terus memukau penonon untuk bersama dalam cerita tersebut. Walaupun aku tak mengalirkan air mata, TETAPI perasaan sedih dan sebak dapat kita rasai sekiranya kita menghayati perjalanan cerita tersebut..

Topik yang dikupaskan pada selasa lalu yang aku tengok adalah...

Tajuk: 5 Minit Aje (17/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Roslan Mohamed
Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris

Sinopsis berdasarkan apa yang aku faham:
5minit aje yang bermaksud masa yang ibu-bapa luangkan kepada anak-anak mereka yang terlalu singkat..  Demi mengejar kekayaan yang duniawi, tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan pada anak-anak diabaikan dan tidak dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya.
Itu sahaja yang dapat ku cerita kan...

SELEBIHNYA...SAKSIKAN SENDIRI di Link di Bawah...Tak rugi luangkan masa untuk lihat dan hayati video ini....

Halaqah Sentuhan Qalbu: 17 Ogos 10

p/s: To MUM and DAD, I will try my best to be good son! InsyaAllah...

August 17, 2010

Cinta - Perigi mencari timba?


Dalam menjalin sesuatu hubungan..wanita yang menyuarakan dan meluahkan rasa isi hatinya kepada kepada lelaki dikatakan " perigi mencari timba, perempuan tak sesuai, wanita tak bermaruah.. dll.. " Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita..

Tak salah kalau seseorang wanita itu menyuarakan isi hatinya! Zaman sekarang nie kebanyakan wanita hanya memulakan suatu perhubungan apabila si lelaki yang memulakan langkah yang pertama.. jika tiada laki yang approach, mula lah berdiam diri sampai dapat status ANDALUSIA... huhu..

Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimana Islam mengajarkan wanita yang berkeinginan bernikah, menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dan Khadijah dimulakan dengan Khadijah menzahirkan keinginannya?  

Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad, beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Nabi Muhammad. Oleh itu Khadijah menyuarakan keinginannya melalui perantaraan Nafisah binti Manbah agar merisik Nabi Muhammad untuk dirinya. Tawaran itu disambut baik oleh Muhammad dan dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka pun terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya, ‘Amru bin Asad. Perkahwinan dilaksanakan dengan selamatnya.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk menjalankan sunnah baginda Rasulullah SAW?

p/s: ader sape-sape yang nak ikut sunnah (baginda Rasulullah S.A.W) kat aku tak? hahaha!

August 16, 2010

Ferrari F430 Family

Hari ni tiba-tiba aku rajin nak berkongsi pengetahuan tentang kereta IMPIANKU iaitu Ferrari F430.. selalunya kita hanya tahu akan nama ferrari itu tanpa mengetahui nama-nama model kereta keluaran syarikat Ferrari.. so hari ini aku akan berkongsi sedikit latar belakang tentang kenderaan Ferrari ini..

Ferrari sebuah nama syarikat pengeluar sport car (Itali) yang sangat gah di mata dunia!
Diasaskan oleh Enzo Ferarri pada tahun 1929, sebagai Scuderia Ferrari yang merupakan syarikat yang menaja pelumba dan menghasilkan kereta lumba sebelum menghasilkan kenderaan 'street-legal' (a.k.a kenderaan yang dibenarkan berada di atas jalanraya) sebagai Ferrari S.p.A pada tahun 1947.

Kereta Ferrari terdapat beberapa model-model tertentu di dalam segmen-segmen/kumpulan tertentu:
  • 2-seat Gran Turismo
  • Mid-Engine V6/V8
  • Mid Engine 2+2
  • Mid Engine 12 cylinder
  • Front-Engine 2+2
  • Supercars
  • Concept models and one-off specials 
*terlalu banyak model-model Ferrari untuk aku nyatakan satu per satu bagi tiap-tiap segmen/kumpulan di atas..

dan....berbalik pada tujuan asal aku adalah untuk memperkenalkan Keluarga Ferrari Model F430 yang berada dalam kelompok/kumpulan/segmen Mid-Engine V6/V8...

Ferrari F430 adalah sport car yang dikeluarkan oleh Ferrari bermula tahun 2004 - 2009 sebagai pengganti model Ferari 360.. Dan untuk pengetahuan, Pengganti bagi model F430 ini, merupakan model Ferrari 458 Italia yang dilancarkan pada 28 July 2009 yang telah mula dijual sekitar April 2010..

AHLI KELUARGA FERRARI F430 

  • F430 Spider ( model yang boleh buka bumbung..)
  • F430 GT2 (kereta yang dihasilkan untuk berentap di International GT2 class competition)
  •  F430 Challenge (model yang sama dengan F430 lain..Enjin yang sama, tetapi berat body yang diringankan untuk tujuan perlumbaan)
  • F430 GT3 (lebih kurang model GT2, cuma tuning enjin yang lebih berkuasa, lebih ringan dll)
  • 430 Scuderia (Scuderia yang membawa maksud 'Stable of Horse'.. body yang lebih aerodinamik berbanding F430 yang lain.. lebih canggih.. 
  •  F430 Scuderia Spider 16M (sama dengan scuderia yang atas, cuma boleh buka bumbung)

August 14, 2010

Attending Seminar

FINANCIAL CRISIS : ISSUES & CHALLENGES

Prof. Dr. Merouane Lakehal-Ayat 

BSBA, MBA, MIM, M.A and Ph.D (International Finance)

Professor of Finance
Department of Accounting & Finance

Yesterday, I'm attending seminar at Dewan Jumaah, UTM International Campus KL which the speaker is Professor Merouane Lakehal-Ayat from Bittner School of Business, St. John College, New York. This lecture only limited for 250 seats. 
This seminar was about "The financial crisis : issues and challenge" - Thriving in the Turbulent Economy. 

p/s: Please ask me if you are interested in the knowledge that I obtained from this seminar... 

August 3, 2010

Mangga vs Pelam


puas bertekak tentang mangga dan pelam...pelam lain..mangga lain..dan akhirnya...satu keputusan telah ku perolehi.....pelam,mempelam,kuinin smua tu adalah sebenarnya Mangga!!!

yang membezakannya hanyalah sebutan atau panggilan yang kita beri pada nama buah mangga..

pelam/mempelam : sebutan orang utara
pauh : orang pntai timur

cuma....biasanya di Malaysia...Pelam berwarna hijau dan rasanya masam..manakala Mangga berwarna kuning/jingga yang rasanya manis sekali....HAKIKATnya, sama sahaja...

FAKTA tentang Mangga:
  • Mangga merupakan satu tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesis pokok buah
  • Tiada info yang tepat tentang asal pokok buah mangga, tetapi kebanyakannya percaya ia datang dari Asia Tenggara & Asia Selatan
  • Nama buah ini datangnya daripada perkataan perkataan Tamil, maankaay
  • Dipopularkan oleh orang-orang Portugis selepas penjelajahan India mereka. Oleh itu, perkataan Portugis untuk buah mangga ialah 'manga'
  • Mengandungi lebih kurang 15% gula, 1% protein dan banyak vitamin A, B dan C. 
Sumber: Wikipedia