Pages

Attention!!

To readers who comes to this blog. I'm sorry for any links that are no longer available. I'm going to reconstruct this blog. Stay tuned for updates! Thanks. See ya!

January 27, 2011

Kelebihan Mempunyai Set Jamming

Dalam menghasilkan sebuah band yang proper,  latihan adalah perkara wajib! akan tetapi, kalau hari-hari berlatih di jamming studio memang parak la duit.. Sejam 20 lebih.. takkan la nak hari-hari practice di studio.. Banyangkan jika jamming sejam setiap hari selama setahun? Dalam 7k jugak dibelanjakan! huhu! banyakkan..

so, kalau nak berlatih dengan gigih, perlukan set jamming sendiri.. lebih jimat.. sebabnya, bermodalkan sekitar 9k sudah cukup untuk memiliki jamming studio set yang second hand.. sesuai untuk band-band beginner!

ada yang kata rugi beli jamming set.. itu salah! sebabnya korang boleh sewakan barang tu.. boleh menjana pendapatan sampingan kan..tak perlu buka kedai jamming pun sebenarnya kalau nak buat duit dengan jamming set..

disamping boleh berlatih dengan lebih gigih, boleh menjana pendapatan pasif.. contohnya buat sewa jamming.. lepas tu sewakan peralatan untuk majlis-majlis... dan lagi best kalau korang boleh buat show di mana-mana majlis.. disamping dapat duit untuk show, korang leh gilap bakat.. itulah masanya untuk mencipta tapak sebagai indie band! manalah tahu ade rezki boleh jadi artis..huhu~!


p/s: bila la aku boleh ada set jamming sendiri.. band aku ade 3 orang.. kalau 9k, sorang 3k.. alahai..... 3k pun xde nie... takpe-takpe, ade idea dah... band aku kena stat kumpul duit nuffnang sorang 3k.. blogwalking..blogwalking..blogwalking..hahahaha!

January 22, 2011

Apakah itu WHOIS?


sekadar untuk berkongsi bersama teman-teman yang tak tahu apa itu whois sebenarnya... Maklumat penuh disini... Wikipedia

dalam bahasa mudah untuk difahami, WHOIS ini selalu digunakan untuk kita tahu tentang maklumat pemilik domain name.. di situ kita dapat lihat maklumat tentang siapa empunya domain, IP address yang digunakan, tarikh daftar dan tamat domain, contact number, address dan lain-lain..bermacam-macam maklumat lah!

WHOIS ini hanya boleh dipakai untuk 'trace' maklumat address domain sahaja!! Bermakna, anda tak boleh trace maklumat khususnya adress .blogspot.com.. Dia khas untuk domain yang berbayar sahaja! tak kisah la sama ada .com .net. org .my .edu .gov .us dan lain-lain.. semuanya boleh!

ada banyak WHOIS website dalam internet..tapi banyak yang tak boleh pakai.. ada satu laman web WHOIS yang bagi detail information.. pandai-pandai la cari yea.. hehe!

Akan tetapi, Tak semua laman web boleh korang WHOIS.. Ini disebabkan ada domain yang telah dilengkapi dengan WHOIS protector.. Means, korang tak boleh tengok semua maklumat.. KOrang just boleh tahu tarikh daftar dan expired sahaja..


Kesimpulannya, kalau korang nak beli domain korang sendiri.....PASTIKAN, ianya mempunyai WHOIS protector.. Ianya melindungi maklumat anda!! Pada sesiapa yang nak beli domain dan tak pasti sama ada provider tu ada menyediakan WHOIS protector atau tidak, saya boleh tolong check untuk anda!

p/s: masih ada top-top blogger dan pemilik laman web yang pakai domain sendiri tapi tiada WHOIS protector.. saya boleh lihat alamat dan contact number mereka.. siapa lah tu agaknyer kan! huhuhu!

January 12, 2011

Penting ke Boleh Berbahasa Cina??

 nak belajar bahasa cina dengan Zhang Ziyi.. berapa eh kelas tuition die?? haha!

Penting ke pandai berbahasa cina?? Bahasa cina ada banyak.. tapi.. yang biase dan popular adalah mandarin dan kantonis.. berbalik pada persoalan tadi.. penting ker??

Sebenarnya aku sedang mencari pekerjaan.. Aku prefer bekerja di sektor swasta.. Sbb apa aku pilih swasta? Masing-masing ada pendapat sendiri kan..

Yang aku tak berapa berkenan..... Bila bukak jer kerja-kerja gaji yang "sedap-sedap", semuanya nak ada kebolehan berbahasa cina... adoi.. bukanla nak kata gaji yang best-best jer, yang biasa-biasa pun nak macam tu jugak..

Memang lah boleh berbahasa selain dari bahasa melayu dan inggeris tu adalah kelebihan.. TAPI, dimanakah tempat bagi orang yang hanya boleh berbahasa melayu dan inggeris sahaja?? Orang macam aku pun nak jugak kerja yang ditawarkan gaji yang lumayan... huhu!

Ikutkan wa pun reti jer cakap cina maa.... Talak hal munyer... Lu olang mau dengar ka??

wo xi huen ni : saya sgt suka awak
wo pu che tau : saya tak tau
wo hen xiang ni : saya rindu awak sangat
ni hen piao liang : awak sangat cantik


wo bu chong ming, wo chi dao yi dian-dian : saya tak pandai, saya tau sikit-sikit...

lagi satu.......

ho liau....... hahaha!!

p/s: agak-agak aku boleh apply ke tak keje yang perlukan kebolehan berbahasa cina skarang?? haha!

January 7, 2011

Santa Cruz Guitar

 

yeay!! at last, my wish-list for this year was accomplished.. huhu! padahal gitar nie wish-list thun lepas..hahaha! dengan gitar baru nie semangat lah sikit nak practice main lagu-lagu baru.. 

gitar lama bukannya tak boleh pakai.. cuma lebih baik kalau aku simpan sebagai koleksi antik peribadi! hahaha! gitar baru ni jenama Santa Cruz.. kalau korang biasa main gitar, mesti korang tahu kan jenama nie.. 

aku tak beli gitar elektrik sebab aku nie jenis yang tak suka main lead..bukannyer ape, sebab tak teror.. haha! aku lebih pada rhythm jer.. gitar nie best bagi aku sebab gitar nie hampir menyamai gitar acoustic yamaha F310.. lagi pun gitar nie murah sket..so, jimatla duit! apa-ape pun, terbaiklah! ^_*

p/s: ingat nak record lagu masuk dalam youtube! tapi takut tiba-tiba popular la pulak! kang susah! hahahah!

January 4, 2011

Mystery Shopper.. Adakah Anda Tahu?


sedang aku tercari-cari pekerjaan dalam Jobstreet... tiba-tiba aku terjumpa pekerjaan yang diberi nama Mystery Shopper... Korang tahu tak apa tu kerja Mystery Shopper??

Saje nak share dengan korang kalau tak tahu...Mystery shopper nie sebenarnya service checker.. Tugas dia adalah untuk melaporkan dari pemeriksaan kebersihan, keramahan pekerja serta kesanggupan pekerja di sesuatu tempat untuk memberi pertolongan..Kira macam kita berlakon sebagai pelanggan la nie..

Selepas kita dah melawat dan memeriksa, kita perlu tulis laporan pengalaman dan menjawab beberapa soalan yang diberikan... Senang je keje nie...hehehe! Syarikat ni akan buat test dulu sebelum kita boleh mula keje.. Syarikat ini amat mementingkan ketepatan maklumat...

Gaji dibayar mengikut jenis projek... Macam-macam tempat dorang akan periksa.. macam kedai baju, kasut, dan butik perhiasan.. Yang bestnyer... kalau projek di restoran, makan minum free... dan dekt butik lak kita akan diberi wang untuk belanja sebagai memantapkan lakonan kita..hahaha!

Macam best je kje nie..cam James Bond cek kedai jer..hahaha! sesuai la untuk sape-sape yang nak tambah income... dalam sebulan, beberapa kali je boleh buat keje nie...

Korang nak test keje?? Skali sbulan pun boleh..haha! register la kat link nie... www.internationalservicecheck.com

p/s: arghhh...bosannya dok umah jer...bila nak dapat keje nie...hahahaha!

January 2, 2011

SENSASI: Video: Karam Singh Walia Mengutuk dan Mabuk??

ini dia cerita sensasi bagi pembukaan tahun 2011.. hahaha! kalau tahun lepas, cerita sensasi Uncle Seekers menggemparkan rakyat Malaysia.. adakah kisah Karam Singh Walia pula menjadi bualan hangat bagi 2011??

apa-apa pun..sama-sama kita saksikan video ini dari youtube... Saya tiada sebarang komen untuk kisah ini... Sama-sama kita lihat dan fikirkan.....