Pages

Attention!!

To readers who comes to this blog. I'm sorry for any links that are no longer available. I'm going to reconstruct this blog. Stay tuned for updates! Thanks. See ya!

February 24, 2011

Subway

 sumber gambar dari Google

Subway.. Mesti korang pernah dengar kan.. Saje aku nak share dengan korang tentang antara makanan kegemaranku sejak aku mula-mula belajar kat UTM dulu.. Hehe.. 

Subway ini adalah jenama francais sandwich terbesar di dunia.. Kalau di Malaysia, hanya ada di Selangor, Kuala Lumpur dan Penang sahaja.. So, memang tak banyak francais Subway kat Malaysia nie.. 

Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah tentang khasiat makanannya.. Daripada korang selalu melantak kat bermacam-macam jenis kedai fast food, lebih baik makan di Subway.. Makanan yang fresh dan berkhasiat..

Apa yang menariknya, anda boleh pilih 'topping' anda sendiri.. Banyak jenis sayur-sayuran dan sos.. Bagi yang tak suka makan sayur, cuba try sandwich kat Subway.. Mesti korang akan suka! Sebabnya ada kawan aku yang tak suka makan sayur dan akhirnya suka makan di Subway since cuba makan sandwich kt situ..

Kalau ditanya bab harga... YA, agak sedikit mahal.. tapi berbaloi.. kalau nak jimat, boleh la pilih pakej 'Subway of The Day' serendah RM7.50.. Nak jimat lagi, makan ramai-ramai order satu jer minuman.. Then korang boleh refill hanya RM1.00.. Banyak kali pun takpe.. haha! Apa lagi, cubalah!

p/s: kalau nak puas, belilah Foot Long (12")... melantak sampai puas.. hahaha!

February 19, 2011

Teh dan Kesihatan

Lately nie selalu nampak iklan kat tv3 pasal teh dan kesihatan.. Apa yang anda tahu mengenainya??

"ia sedap" " membuatkan saya lebih bertenaga" "relax and chill" "boleh menurunkan berat badan saya" "menghilangkan stress" dan berbagai lagi jawapan... 

 Betul ke eh?? rasa macam tak percaya pun ada.. huhuhu~ tapi berdasarkan sumber-sumber dalam internet, memang betul pun... Menurut satu kajian yang dibuat oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna..

Tak sangka pula minuman teh ada khasiat.. tapi tahukah kita berapa peratus khasiatnya?? tidak pula disebut.. 

Cuma apa yang aku tahu teh hijau memang banyak khasiatnya.. Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan paras gula.. Menguatkan sistem imun.. Menurunkan aras kolesterol dan membantu pembakaran lemak..  

Teh hijau lebih sedap kerana rasanya yang lebih lembut dan bau yang wangi.. Minuman teh kegemaranku??

sumber gambar: Google

p/s: ada orang kata, minum teh o ais selalu boleh buat perut buncit?? yker?? minum teh cina lagi bagus untuk kesihatan.. sebabnya tiada gula.. huu~

February 15, 2011

Negeri Sembilan Blogger Banner

selamat sejahtera dan Salam Maulidur Rasul kepada semua yang beragama Islam.. Ingin saya mengingatkan diri saya dan juga pembaca sekalian supaya banyakkan selawat ke atas Nabi pada hari yang mulia ini.. janganlah esok dan hari seterusnya tak berselawat pula.. huhu~!

hari aku blogwalking dan aku nampak banyak juga blogger-blogger letak banner atau logo blogger bagi negeri masing-masing.. so, aku pun search image kat Google untuk banner blogger N9, tapi tiada satu pun yang jumpa.. mungkin juga aku tak habis cari.. huhu~! 

so, aku dah buat satu banner khas buat blogger-blogger Negeri Sembilan.. takdela gempak or cantik mana, tapi bolehlah sekadar untuk menandakan kita blogger dari N9.. huhuhu~! (drumroll....) so, taraaaaaaa.........


korang bolehla klik image nie untuk image yang lebih besar (original size).. then kalau korang nak letak kat blog korang, pandai-pandai la korang resize/compress ikut size yang korang suka.. kalau nak yang dah siap kecik, bolehla ambil di tepi blog.. 

p/s: kalau korang nak guna, tak perlu credit atau minta izin.. ambil dan pakai terus... aku ikhlas untuk berkongsi..

February 9, 2011

Kesan Harga Getah Melambung

hello to all my readers.. sory lama tak update blog! seminggu balik kampung.. semalam pula pergi interview.. so, takde masa nak update blog! hehe!~

entry 'warm-up' untuk kali ini aku buat sebab dah lama tak update blog..huhu!  ini berkaitan dengan harga getah.. sedia maklum, harga getah pasaran negara semakin melambung tinggi.. Harga tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah negara iaitu RM 15.06/kg..

mesti korang pernah dengar tentang pendapatan penoreh getah di kebun kecil mencecah RM3,000. dan ada ada juga yang meraih pendapatan melebihi RM8,000... dahsyat kan?? kalah gaji penjawat awam yang mempunyai master... hahahaha! rezeki penoreh getah kan...

kesan serta akibat dari kenaikan harga komoditi getah adalah ada yang sanggup mencuri getah skrap untuk dijual berikutan harga yang tinggi... dunia-dunia.. dan juga, semakin ramai penoreh getah muda yang cuba menceburi bidang itu...

disini terdapat beberapa gambar yang sempat dirakamkan jurugambar apabila seorang graduan IPTA juga menceburi bidang itu dengan gaya nya tersendiri...

style baru menoreh getah!kelihatan gaya yang profesional disitu...hahaha!!
moral of the entry: graduan-graduan janganlah terlalu memilih kerjaya yang kononnya layak untuk anda sahaja... lagi satu... jangan bawa anak-anak kecil ke kebun getah kerana mereka tidak dapat bezakan antara susu ibu dengan susu getah! hahaha!