Pages

Attention!!

To readers who comes to this blog. I'm sorry for any links that are no longer available. I'm going to reconstruct this blog. Stay tuned for updates! Thanks. See ya!

March 20, 2011

Gekko Sticky Pad

Pack ori gekko macam nie..

klik untuk gambar brochure yg lebih jelas.. ada info yg lebih detail..

Apa itu Gekko sticky pad? Pastinya bukan sejenis cicak! Ia adalah sticky pad yang telah direvolusikan untuk 'memegang' objek walaupun dalam keadaan menegak.. Ia memang lain dari produk non slip mat yang selalu orang letak atas dashboard kereta tu..

Benda nie macam magic la pulak.. Boleh melekat dengan kuat! tak jatuh pun kalau kereta jalan dekat kawasan yang tak rata.. kalau rajin korang search kat Youtube.. banyak video pasal benda nie..

Benda nie bukan sahaja guna dalam kereta, malah kat rumah pun boleh! kiranya kat mana-mana pun boleh.. Kalau nak beli, pastikan jenama Gekko! jenama yang lain pun banyak di pasaraya, tapi kualiti nya tak sama dengan jenama Gekko! die tak melekat kuat macam Gekko nie..

Harga di pasaran RM29.90. tapi kalau korang beli online, RM15 pun leh dapat.. korang boleh search di lowyatt forum.. kat forum tu ada org jual Gekko nie..

p/s: aku baru je jumpa benda alah nie dalam forum tu smalam.. hari nie nk try beli.. nak beli banyak tampal kat baju.. boleh melekat cam Cicakman nanti..haha!

March 10, 2011

Pivot V Capa (Voltage Meter & Capasitor)


Inilah dia barang kereta yang baru sampai. First time beli barang kereta melalui online. Tertarik nak beli sebab harga yang ditawarkan lebih murah dari kedai aksesori kenderaan. Kalau korang minat dengan aksesori kenderaan, bolehla search name di Facebook iaitu Mekapkereta Gilakereta.. 

Mesti ada yang tak tahu kan apa benda ni..ini sebenarnya adalah Voltage Meter & Capasitor. Jenama Pivot. Alat ini bagus untuk menstabilkan elektrik dalam kenderaan anda. Yang seronoknya, ada meter yang menunjukkan bacaan voltage kenderaan korang. So korang boleh la tengok keadaan bateri anda.

Nak guna senang jer. just cucuk kat tempat rokok! Cuma plug n play. Senang kan?

..Kebaikan alat ini..
Improve engine response
Quicker engine start
 Improve battery life
Protection from performance loss
    Tak berani nak jamin kebaikan alat ini. Perkara paling utama adalah kita dapat pantau voltage dari dalam kenderaan. Amat mudah nak kenal pasti sekiranya bateri kenderaan dalam keadaan lemah.

    ..Voltage yang rendah bermaksud...
    Unstable Operation for all Electronic Devices 
    Low Battery Charge
    Battery Life Awareness
      p/s: bagi aku, setiap kereta perlu ada alat ini. harganya? cuma RM35 sahaja. 

      March 8, 2011

      Jawapan Azad Jazmin: Lagu Bobby Nyanyi Dalam Adnan Sempit The Series


      lagu ini lah yang tiba-tiba aku nak cari bila dengar bobby (azad jazmin) nyanyi dlm adnan sempit the series.. serious best! so, aku pun google-google lah! malangnya, tiada satu pun jawapan! dengan rasa ingin tahu yang amat kuat, aku pun 'gamble' hantar message di Facebook Azad dengan harapan yang rendah bahawa dia akan reply...

      tadaaa.... tak sangka, dia balas selepas tu.. tak sampai 24jam.. terbaik lah kau Azad.. macam nie la peminat nak..senang nak berkomunikasi.. apa-apa pun thank kat Azad sebab telah bagi jawapan! serabut kepala aku cari lagu tu dalam internet... hehe~! nie screen shot jawapan azad...

      *credit to Azad Jazmin

      (lagu tu lagu baru, insyaallah akan dalam album sulong saya...) jawapan Azad Jazmin.. so kepada sapa-sapa yang dok mencari lagu tu, anda sudah mendapat jawapannya.. bukan lagu rock era 90an, tetapi lagu Azad Jazmin sendiri... hehehe~!