Pages

Attention!!

To readers who comes to this blog. I'm sorry for any links that are no longer available. I'm going to reconstruct this blog. Stay tuned for updates! Thanks. See ya!

August 19, 2010

Halaqah Sentuhan Qalbu - '5minit aje'


Info Rancangan:

Rancangan yang berkonsepkan spiritual interaktif, menyentuh 13 permasalahan hidup dengan penyelesaian berasaskan nilai-nilai Islam, Iman dan Ihsan.
Selama 1 jam, penonton akan bersama panel-panel terkenal dan akan dikendalikan oleh para trainer ESQ Leadership Center yang berwibawa.

1st time aku tengok rancangan di tv9 yang diberi nama Halaqah Sentuhan Qalbu... Rancangan yang amat-amat bermakna dan berguna bagi aku.. Walaupun pertama kali aku tengok, aku dah rasa seolah-olah 'dibawa' ke dalam situasi cerita tersebut. Yang amat menarik, sebelum akhir cerita... Kita akan 'dipukau' ataupun 'dibawa' ke dalam satu cerita untuk kita hayati.. AMAT MENARIK! 

Dapat kelihatan apabila terdapat penonton-penonton di studio yang mengalirkan AIR MATA dek kerana 'tarbiyyah' / 'brainwash' dalam perspektif yang menarik.. Dengan latar lagu yang mengasyikkan dan penceritaan yang baik terus memukau penonon untuk bersama dalam cerita tersebut. Walaupun aku tak mengalirkan air mata, TETAPI perasaan sedih dan sebak dapat kita rasai sekiranya kita menghayati perjalanan cerita tersebut..

Topik yang dikupaskan pada selasa lalu yang aku tengok adalah...

Tajuk: 5 Minit Aje (17/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Roslan Mohamed
Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris

Sinopsis berdasarkan apa yang aku faham:
5minit aje yang bermaksud masa yang ibu-bapa luangkan kepada anak-anak mereka yang terlalu singkat..  Demi mengejar kekayaan yang duniawi, tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan pada anak-anak diabaikan dan tidak dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya.
Itu sahaja yang dapat ku cerita kan...

SELEBIHNYA...SAKSIKAN SENDIRI di Link di Bawah...Tak rugi luangkan masa untuk lihat dan hayati video ini....

Halaqah Sentuhan Qalbu: 17 Ogos 10

p/s: To MUM and DAD, I will try my best to be good son! InsyaAllah...

2 comments:

elya khadijah said...

slm..

thanks ats perkongsian..akhirnya dapat gak link halaqah sentuhan qalbu ini..

Eyka Imanie said...

sy blom tgl lg yg inie..yg lps2 da tgk..sdey ssgt